Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia >
Mengenai Kami

 

 

PENGENALAN

Sublimation Premier adalah sebuah perniagaan bertaraf Bumiputera Malaysia yang diasaskan dan diperluaskan daripada satu warisan perniagaan yang telah wujud lebih 20 tahun yang lalu. Perniagaan Sublimation Premier dibentuk mengikut acuan semasa dan melalui pengalaman beberapa tahun untuk maju sebagai sebuah perniagaan mengeluar dan membekal barangan dan perkhidmatan di dalam bidang berkaitan.

AKTIVITI PERDAGANGAN

Sublimation Premier menjalankan aktiviti perniagaan bagi menyempurnakan keperluan pelanggan domestik dan antarabangsa meliputi pelbagai produk dan perkhidmatan. Sublimation Premier juga memperlengkapkan kesediaan di dalam urusan perdagangan dengan memperolehi sokongan dan keutamaan dalam bentuk pendaftaran dan perlesenan yang berkaitan untuk membekal produk dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia, SBK, koperasi dan syarikat-syarikat sendirian. Sublimation Premier berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, SBK2 dan organisasi-organisasi awam dan swasta.

PERAKUAN PENGHANTARAN

Selaras dengan kemajuan dan pembangunan yang dicapai, Sublimation Premier memperkembangkan bekalan dan perkhidmatan ke dalam pelbagai bidang dan kelana untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan semasa. Berdasarkan modal insan dan teknologi yang didokong oleh tenaga kerja dan tenaga pengurusan yang mahir dan berpengalaman, Sublimation Premier telah mendapat kepercayaan untuk menyempurnakan penghantaran2 yang menepati spesifikasi, pematuhan produk, kreatif dan praktikal kepada pelanggan di dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif.

PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Aktiviti utama yang didaftarkan ialah mengeluar dan memasar barang-barang sublimisi, cenderamata dan hadiah, pakaian dan kelengkapan sukan, pakaian dan kelengkapan keselamatan, barang-barang tekstil, media cetak, alat bantuan mengajar, lesen/pengenalan dan pas keselamatan bersalut.

Sublimation Premier juga mengeluar, import, ekspot, membekal, mengedar dan sebagai agen barangan dan perkhidmatan produk industri seramik dan produk sublimisi seperti mug seramik, pinggan perhiasan, jubin perhiasan, bekas menyimpan pensil daripada seramik, set minuman panas dan sejuk, aksesori meja makan dan pinggan mangkuk.

Selain daripada itu juga Sublimation Premier membekal barang-barang seperti T shirt, cap, vest, payung dan produk2 lain seperti pen plastik, plak, trofi, kotak cenderamata, rantai kunci, kad ID, lanyard, beg dan folder dokumen, beg nylon, streamer, banner, grafik tunjuk arah dan lain–lain. Produk2 adalah bersesuaian untuk pasaran pelancungan, item premium korporat, barangan kegunaan eksekutif, pengiklanan, sukan dan acara, komemoratif, hadiah dan lain lain.

JARINGAN PEMASARAN

Operasi perniagaan Sublimation Premier menumpukan kepada pasaran konsumer dan pasaran industri memenuhi permintaan domestik dan antarabangsa, secara konvensional dan secara online.

Bagi memenuhi permintaan dan pertanyaan anda kami telah mempelbagaikan saluran jualan daripada pasaran industri kepada pasaran konsumer (peruncitan). Walau bagaimanapun ia terhad kepada jualan TEA SET dan DINNER SET sahaja. Penyertaan Dealer Tempatan kini dibuka kepada syarikat / organisasi / individu dari serantau dan lokasi tertentu yang berminat.

Dealer Tempatan adalah dirujuk sebagai pengedar yang berdaftar dan disahkan di dalam jaringan jualan dan pemasaran kami. Tiada bayaran/yuran atau komitment jualan dikenakan untuk menjadi Dealer Tempatan. Dengan mendaftar sebagai Dealer Tempatan anda berkelayakan untuk membuat pembelian dengan harga pengedar mana-mana TEA SET atau/dan DINNER SET yang ditawarkan melalui katalog tempatan untuk dijual semula dengan harga pasaran atau harga tempatan.

Pendaftaran adalah mudah dengan hanya menyertakan nama / syarikat / organisasi, nombor telefon, alamat bil dan penghantaran dan disahkan dengan pembelian mana mana 1 set. Dealer Tempatan juga akan di beri maklumat semasa dan panduan di dalam pemasaran produk ini dan berpeluang kearah menjana Pendapatan Pelbagai Bidang (Multiple Stream of Income) dan keusahawanan sendiri. Semua urusan adalah menurut arahan amalan standard sistem perniagaan.

LAIN-LAIN KETERANGAN

Istilah dan perkataan yang digunakan di dalam laman web ini mungkin asing bagi sesetengah pelanggan baru, tetapi setiap perkataan yang digunakan adalah yang terbaik untuk digunapakai bagi menerangkan produk dan proses di dalam industri yang berkaitan dengan tepat dan betul .

Sublimation Premier adalah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (No. perniagaan: RA0010719-X) dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (357-02094086) dan diperakui sebagai Kontraktor Bumiputera Malaysia..

www.sublimationpremier.com.my merupakan laman web yang komprehensif, telus dan mudah difahami, di host di dalam Malaysia dan diperakui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

 

Keterangan Lanjut :

inquiry@sublimationpremier.com.my

 

 

 

 


 

Vitrified Ceramic Collector's Plates for decal firing or photo sublimation with crests collections, personalized graphic, portraits and et cetera for ornamental, corporate premium, commemoration and gifts..............
 
Specially Coated Decorative Ceramic Tiles with Photo Sublimation with different Heritage, Places of Interest, Personalized Graphic, Commemorative Inscriptions, Photos, Portraits and et cetera for ornamental, commemoration, greetings and gifts..
 
Ceramic Pen Holder for keeping pens, pencils, short rulers, writing materials and as tableware accessories and other multiple use. Available in Blank White Ware, coloured glazed, hand painted and also with option for personalized graphics decal firing for Corporate Premium, advertising, Promotion, Commemoration, Gifts and et cetera.
 

Lead free Vitrified porcelain Tea Set, Coffee Set and Espresso set available in blank White Ware, Gold Line and with Decor and also with personalized decal firing for serving hot drinks and kept as Corporate Premium, Gifts and for Home Collection.

Tea Pot, Coffee Pot, stackable Cappuccino Cups and Saucers, bowl shaped cups and et cetera and are also available in loose pieces......